KETAHUI SEJARAH KAIN PELIKAT

SEJARAH KAIN PELIKAT YANG BELUM KITA KETAHUI.

  1. Bohong lah kalau orang Malaysia terutamanya yang berbangsa Melayu dewasa tak pernah mempunyai atau pakai kain Pelikat seumur hidup dia. Tapi berapa banyak pula di kalangan kita tahu sejarah dan cerita disebalik kain sarong yang terkenal ini.
  • Jadi mari kita kupas satu persatu mengenai kain yang begitu popular ini. Sarong Pelikat atau Kain Pelikat adalah pakaian yang amat sinonim dengan kaum lelaki Melayu dan kain ini telah di pakai secara meluas sejak zaman kesultanan Melaka lagi iaitu sekitar abad ke-15.
  • Selain dikenali sebagai kain pelikat, , ia juga dikenali dengan pelbagai panggilan seperti “Kain Sarung”, “Sarung Pelikat” dan “Sarung””.
  • Kain Pelikat ini juga popular dan banyak di pakai oleh keturunan lain selain Melayu, tetapi pemakaianya mungkin terhad ketika bersantai di dalam rumah sahaja atau sewaktu tidur.
  • Sebagai bukti, kita boleh lihat sendiri masih ada segelintir masyarakat Baba Nyonya dan India masih mengenakan kain Sarung Pelikat ini ketika berada di rumah walaupun mungkin coraknya sedikit berbeza mengikut budaya masing2.

Asal Usul Nama Kain Pelikat

  1. Banyak info dan cerita yang boleh kita kaitkan dengan nama asal kain pelikat ini. Namun cerita yang boleh dikatakan tepat dan boleh kita amik sebagai panduan dalam mencari asal usul ini ialah dari hasil penulisan seorang pengembara yang berbangsa Portugis. Beliau di katakan tinggal di Melaka sekitar tahun 1528 hingga 1538.
  • Dari catitan beliau, terdapat point yang menceritakan pedagang asing dari Palaiyakat, iaitu daerah yang terletak di thondai Mandalam, kawasan timur laut Tamil Nadu di India.

  • Pedagang-pedagang ini dikatakan telah memasarkan kain sarung, kain putih dan barangan lain yang diimport terus-menerus dari Palaiyakat. 
  • Yang menariknya produk sarung tersebut telah mendapat sambutan yang sangat hebat sehinggakan ianya mendapat gelaran kain pelikat (ringkasan – kain dari Palaiyakat) dan sehingga kini ia dikenali sebagai kain pelikat dikalangan masyarakat Melayu khususnya dan Malaysia amnya.


Sejarah Kain Pelikat

  1. Dalam catitan Ahmad Y. Al-Hassan dan Donald R. Hill dalam bukunya bertajuk Islamic Technology: An Illustrated History, “Perusahaan tenunan tekstil merupakan industri penting di era kecemerlangan Islam”.
  • Dikatakan kualiti dan standard tekstil masyarakat Islam di Semenajung Arab adalah sangat tinggi terutamanya pada zaman pertengahan iaitu zaman kegemilangan dunia Islam.
  • Jadi tidak hairan lah, jika industri tekstil di era ketika itu telah mendapat pengaruh yang sangat besar terhadap pembangunan industri tekstil negara Barat.
  • Dalam banyak2 produk tekstil  yang berkembang di era kegemilangan Islam dan masih bertahan hingga ke hari ini adalah Kain Pelikat. Kain lebar yang di jahit pada kedua hujung dan membentuk seperti tiub.
  • Dari catatan sejarah,  kain pelikat atau sarung adalah berasal dari negara Yaman.  Di sana sarung biasa disebut sebagai “futah”.
  • Kain pelikat ataupun sarung juga dikenali dengan nama  “izaar”, “wazaar” atau “ma’awis”.   Masyarakat di negara Oman menyebut kain pelikat dengan nama  “wizaar”. Di negara Saudi Arabia ia dikenali sebagai  “izaar”. 
  • Tidak hanya tertumpu di Semenanjung Arab, ia juga telah digunakan secara meluas di Asia Selatan, Asia Tenggara, benua Afrika, Amerika dan Eropah. Penggunaan kain pelikat sangat meluas.
  • Catatan dalam Eksaiklopedia Britanica ada menyatakan bahawa  sarung adalah pakaian tradisi masyarakat Yaman. 
  • Sarung dikatakan telah ditenun dan digunakan masyarakat tradisional Yaman semenjak zaman dahulu. 
  • Sarung ini pada asalnya digunakan oleh suku kaum Badwi yang tinggal di Yaman. Sehingga kini,  masyarakat Islam di Yaman masih banyak yang menggunakan sarung sebagai pakaian utama. 
  1. Selain itu, masyarakat Arab juga memakai kain sarung putih yang kosong tanpa corak sebagai peganti kepada seluar putih didalam jubah yang di pakai mereka.
  1. Penjualan kain sarung yang lebih dikenali sebagai Izaar ini masih boleh dilihat di gedung2 membeli-belah utama di negara-negara timur tengah.
  1. Disebabkan bangsa Arab adalah bangsa berdagang dan dari aktiviti perdagangan di masa lampau, pengaruh penggunaan sarung juga telah meluas ke negara-negara tumpuan pedagang seperti Myanmar, Bangladesh, India, Malaysia, Thailand, Indonesia serta Brunei.
  1. Salah satu sebab mengapa pemakaian sarung ini popular adalah di sebabkan oleh keadaan cuaca panas dan lembab di negara-negara tersebut, dan kain pelikat ini dapat memberi keselesaan yang paling padu kepada pemakai.
  1. Kain pelikat diperbuat daripada pelbgai bahan  termasuklah kapas  dan polyester atau pun campuran antara kedua-dua bahan. 
  1. Manakala motifnya pula telah direka dengan padanan warna dan corak kekotak, garis vertikal, horizontal dan corak geometri lain yang menarik.
  1. Sarung merupakan pakaian tradisi nelayan-nelayan Arab yang berasal dari Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut Merah sejak dahulu lagi. Sarung juga digunakan olah orang-orang Turki sebagai pakaian tidur pada zaman pertengahan.
  1. Mungkin ada beberapa factor yang menjadikan kain sarung ini begitu sinonim dalam tradisi Islam di Asia kerana ia sangat mudah di pakai, ringkas dan selesa. Selain itu, saiznya yang panjang amat sesuai untuk menutup aurat.

Jika dirujuk pada salah satu hadis, penggunaan sarung kemungkinan besar juga sudah dikenali pada  zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Buktinya boleh didapati dalam sebuah Hadis Riwayat Bukhari- Muslim. Dari Sahal bin Sa’ad, dikisahkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah didatangi seorang wanita sambil berkata, “Ya Rasulullah kuserahkan diriku untukmu”.  

Wanita itu berdiri lama lalu  muncullah seorang lelaki lalu berkata, “Ya Rasulullah kawinkan dengan aku saja jika kamu tidak ingin menikahinya”.

Rasulullah S.A.W. berkata, “Punyakah kamu sesuatu untuk dijadikan mahar? Dia berkata, “Tidak kecuali hanya sarungku ini”. Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bila kau berikan sarungmu itu maka kau tidak akan punya sarung lagi, carilah sesuatu”. Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mendapatkan sesuatu pun”.

Rasulullah  S.A.W. berkata, “Carilah walau cincin dari besi”.  Lelaki itu mencarinya lagi dan tidak juga mendapatkan apa-apa. Lalu Rasulullah S.A.W. berkata lagi, “Apakah kamu menghafal Al-Quran?”  Lelaki itu menjawab, “Ya surah ini dan itu” sambil menyebutkan surah yang dihafalnya. Lalu berkatalah Rasulullah S.A.W., “Aku menikahkan kalian berdua dengan mahar hafalan Al-Quran mu”. 

Dari riwayat tersebut, kain sarung sepertinya telah digunakan sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pakaian untuk menutupi aurat.

Padanan Kain Pelikat

Kain Pelikat digunakan secara meluas sebagai kain sarung yang boleh disesuaikan dengan Baju Melayu, Sampin, Selempang, Baju Kurung, Buaian, kain untuk mengendong anak, tudung kepala. Walaupun zaman moden ini cara pemakaian masyarakat negara kita sudah berubah, tetapi majority masih lagi menggunakan kain pelikat ketika sembahyang sebagai alternative kepada seluar sekiranya seluar itu didapati kotor atau koyak.

Cara Pemakaian Kain Pelikat.

  1. Pada asalnya, terdapat 2 jenis kain pelikat yang di jual di pasaran, iaitu pelikat berjahit atau tanpa jahit. Kain pelikat tanpa jahit ini lebih di kenali sebagai kain pelikat lepas.
  • Kain pelikat jenis lepas ini selalunya di gunakan sebagai kain basahan oleh orang yang sedang mengerjakan haji pada masa dahulu, ini adalah kerana ketika di dalam keadaan ihram tidak boleh memakai kain berjahit)
  • Tetapi pada zaman sekarang, kain pelikat jenis lepas ni sudah jarang di dapati.
  • Lihat gambar di bawah untuk mengetahui cara-cara memakai kain pelikat konvensional.  

Revolusi of century.

  1. Walaupun kain pelikat sudah lama wujud, tetapi ia masih menjadi satu pakaian kemestian untuk setiap lelaki di rantau ini terutamanya di Malaysia. Boleh di katakan setiap lelaki dewasa di Malaysia mempunyai sehelai kain pelikat, tetapi penggunaan pakaian ini terhad hanya di rumah dan di masjid sahaja. Corak yang di gunakan juga adalah sama dan tidak berlaku perubahan. Di sebabkan faktor2 ini, anak muda sudah mula kurang berminat dengan kain pelikat.
  • Jadi satu jenama local dari Malaysia, iaitu PELIKAT KL membuat satu revolusi terhadap design kain pelikat dengan meng overhaul 100% rupa kain sarung yang telah wujud beratus tahun ini. Hasil gabungan 2 orang yang berlatar belakangkan sebagai doctor dan kujuruteraan pesawat ini telah mencipta satu cara baru memakai kain pelikat. Cara ini di katakana sebagai revolusi of century.
  • Mereka menggunakan kaedah button sebagai menggantikan cara gulung dan ia lebih selamat dan konfiden. Apa yang lebih menarik adalah, kain pelikat moden ini mempunyai poket bagi memudahkan pemakai menyimpan barangan berharga seperti wang, handphone dan kunci ketika menunaikan ibadat dan ketika keluar bersiar-siar.
  • Selain itu, buat pertama kalinya, kain pelikat mempunyai saiz untuk keselesaan pemakai. Fabric yang di gunakan oleh PELIKAT KL juga adalah premium, iaitu tidak panas dan tidak mudah renyuk. Motif corak berkonsepkan minimalis. Terdapat 3 pilihan warna yang bersesuaian dengan karekter jejaka sejati dan warna2 ini di beri nama sempena karekter warisan melayu, iaitu Hitam Jebat, Biru Tuah dan Rustic Keris.
  •  Inilah kain pelikat pertama Malaysia yang mempunyai ciri2 dan identity Malaysia, dari nama, warna, corak, designya yang tersendiri. Tidak meniru  DNA pelikat dari negara lain tanpa mengabaikan konsep asli pelikat atau kain sarung. Ia juga di buat di dalam negara dengan menggunakan tenaga tempatan.

1 thought on “KETAHUI SEJARAH KAIN PELIKAT”

  1. 1. Ada 2 brand pelikat lokal yang pernah wujud, Pelikat Taha dan Pelikat Jiwa. Kedua-dua pelikat wujud sekitar tahun 80an dan awal 90an.
    2. Pelikat Taha diasaskan oleh Hj.Daud Taha di Mersing. Pelikat Jiwa diasaskan oleh Dr.Hazrin Jiwa di Batu Pahat.

    Pelikat Taha
    Lebih fokus kepada tekstil yang lebih selesa dan lembut.
    Warna yang digunakan adalah warna tanah dan warna gelap.
    Corak yang digunakan adalah geometrik dan arabesques.

    Pelikat Jiwa
    Lebih fokus kepada design yang lebih terkini.
    Warna yang digunakan adalah warna kombinasi warna terang dan gelap.
    Corak yang digunakan adalah mengikut corak-corak yang ada dalam alam Melayu.

Leave a Reply to che_rain Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get flapwrap now!

75% OFF
LIMITED TIME OFFER
NAK OFFER 75%
close-link

Peluang ke-2

75% OFF
Isi ruang kosong dan dapat 75% OFF.
Limited Time Offer
NAK OFFER 75%
close-link